click below:

blog ini telah bertukar ke:

http://toomuchj.blogspot.com/

-maaf atas kesulitan-

November 23, 2009 at 20:30

Salam Imtihan SPM2009!

Eventhough its been a day passed for SPM2009 begins their examination, but I think its not too late to wish them for their exam. For my junior especially juniors of Sargeant 2, do your best in your examinations! (Well, I don’t know how much wishes that I have dedicated to all of you-Heheh..). To all SARJANA’s juniors, be the best keyh!  Not forgotting to all BATCH26 SAMURA, do your best in SPM. Make a new record k!

ALL THE BEST

BATCH26/SPM2009!!!

-Put Your Trust In ALLAH-


p/s : Aku taw junior2 aku x tgk pun wish ni..
Tp tape… nnt pas SPM kowang on9 lar puas2 yer..

November 19, 2009 at 14:54

Kemaafan~~

Suatu hari ketika Rasulullah dan sahabat-sahabat lain sedang berzikir di dalam masjid, tiba-tiba Rasulullah bersuara : “Sebentar lagi, ahli syurga akan masuk…” Tidak lama kemudian, ada seorang yang tidak dikenali masuk ke dalam masjid. Esoknya, Rasulullah dan sahabat-sahabat sedang berzikir di dalam masjid, seperti semalamnya, Rasulullah bersuara lagi sekali: “Sebentar lagi, ahli syurga akan masuk…” Sahabat-sahabat memandang ke belakang dan ternyata lelaki yang sama seperti semalam memasuki masjid. (more…)

September 26, 2009 at 23:46

Raya Lagi??!

Erm… Mungkin esok adalah raya… Kalau esok raya, maknanya 29 hari saja kita berpuasa tahun ini. Aku balik rumah hari Rabu malam. Abang2 ku dengan baik hatinya telah ambil aku di kampus. Sayang anda berdua…! Terima kasih. =)

Barang dah semua dah shopping, lauk pun semua dah hampir siap, erm…. apa lagi ye yang belum?? ooo… belum kasi ucapan lagi kat anda2 semua….

untitled


September 19, 2009 at 21:06

Tak Ada Tajuk

11/09/09 – JAM 1224

Aku baru balik dr kelas, tiba-tiba ada mesej masuk…

“Janet, free tak? Gi mid jom.”

Pengirimnya biarlah rahsia. Tapi memang lama jugalah dah tak dengar cerita apa-apa pasal kawan aku yang sorang ini. Tapi, x ada kesempatan pula nak keluar dengan dia. Petang tadi ada test math dan minggu ni memang aku tak balik rumah pun. Jadi, tadi aku balas mesej dia, lepas itu entah macam mana boleh ter-ignore pula mesej dia. Ngantuk sangat agaknya tadi. Heheh… Maafkan aku, sahabatku… Cerita pasal test math. Erm………. Hanya itu yang mampu diluahkan. Kuiz kimia pagi td pula tak payah ceritalah. Suka hati aku aja nak tukar-tukar nama structure. Teringin nak reka nama baru kot.

Sebenarnya, aku tak tahu apa fungsi aku tulis entri ini. Aku nak tirulah ayat dak 5 Azam…

3S=Saya Sayang Semua.. =P

September 12, 2009 at 04:57

Nota dariku…

Apa khabar semua? Semoga keberkatan Ramadhan kali ini menjadikan diri kita lebih sihat dan cergas berbanding sebelum ini. Okeylah, dah habis mukadimah ringkas, aku nak kongsi satu cerita yang aku dapat ketika zaman muda-mudi waktu sekolah-sekolah dulu. Muda-mudi dulu tak bermaksud sekarang aku dah tua, tetapi mungkin sedikit berumur. Heheh…

***************************

Minggu ini merupakan study week bagi pelajar-pelajar tingkatan lima. F menunggu D di dalam kelasnya sejak satu jam yang lepas. Dia hairan kemanakah sahabat kesayangannya itu pergi sedangkan sebelum waktu rehat tadi, D ada di dalam kelas belajar bersama-sama. F risau melihat D yang dilihatnya semakin sibuk sejak akhir-akhir ini. Tambahan pula, SPM semakin dekat, dia khuatir kalau-kalau D tidak sempat menelaah pelajaran.

Sejurus kemudian, D masuk ke kelas dengan membawa fail di tangannya.

F : Kau pergi mana, D?

D : Aku pergi uruskan hal biro. (tersenyum tawar)

F : Oh… Banyak ke kerja kau?

D : Bolehlah tahan. Tapi dah tanggunjawab…

F : Betul, betul, betul. Tanggungjawablah yang susah hendak dipikul. Ia merupakan amanah yang diberikan pada kau dan nanti kau akan disoal kembali tentang tanggungjawab kau nanti.

D : Tanggunjawab akan disoal…..?

F : Ya, sayangku. Kalau kita dah pegang sesuatu jawatan atau diberi tugasan, kita perlu buat yang terbaik untuk tugasan itu supaya nanti tiadalah kita tergagap-gagap bila disoal dengan Allah nanti.

Inilah sebahagian perbualan yang berlaku antara D dan F. D dalam perbualan merupakan diriku sendiri dan F pula merupakan teman karibku iaitu, Farha Alia binti Yazid.

Bila sebut tanggungjawab, macam-macam perkara yang terlintas dalam fikiran kita. Semua orang ada tanggungjawab, namun tak semua yang sedar bahawa tanggungjawab itu adalah amanah yang diberikan Allah kepada kita di dunia ini. Secara tak langsung, ia akan disoal semula suatu ketika nanti. Apa yang kamu lakukan apabila tanggungjawab telah diberikan? Dimana kamu ketika perkara sekian-sekian berlaku sedangkan kamu merupakan orang yang bertanggungjawab dalam hal tersebut?

Setiap individu manusia masing-masing mempunyai tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai seorang ibu bapa, anak, saudara, pelajar, pekerja dan sudah tentunya sebagai hamba Allah. Sememangnya, kita memang tak dapat mengelakkan diri dari tanggungjawab. Salah seorang rakanku dahulu pernah berkata, hanya orang gila saja yang tiada tanggungjawab. Tapi, lepas ini janganlah pula nak jadi orang gila untuk mengelakkan sebarang tanggungjawab.

Kadang-kadang kita rasa keliru untuk mendahulukan tanggungjawab yang mana dahulu. Banyak sangat tanggungjawab yang kita ada, sampai satu ketika kita tak tahu hendak selesaikan tangungjawab-tanggungjawab tersebut. Apa yang perlu dilakukan? Kita harus meneliti semula apa tanggungjawab yang kita ada dan seterusnya penuhilah tanggungjawab dengan penuh rasa taqwa dan istiqamah.

Dan sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga dekat dan tetangga jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya yang kamu miliki. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri.”

(Surah An-Nisa’:36)

*Peringatan ini jua buat diri aku sendiri. Sememangnya, seringkali kita akan diuji dengan apa yang kita sampaikan.

September 6, 2009 at 11:29 3 comments

Permulaan Ramadhanku…

1 Ramadhan 1430

  • Tika azan maghrib menandakan 1 Ramadhan tiba, aku ada dalam bas untuk pulang ke rumah.
  • Bas memang jenis yang terus jalan, tak ada rehat2.
  • Makanya, maghribku akan dijama’ takhir.
  • Tiba di Pekeliling kira2 pukul 2225.
  • Bas lambat sebab hujan masa di kawasan dekat2 genting.
  • Turun dari bas nak pergi stesen Monorel, aku terserempak dengan kawan lama.
  • Agak kurang dapat cam dia, sebab dia makin kurus (Kami sama2 terkejut terserempak kat situ).
  • Dia pun macam aku, baru balik dari U, tapi dia nak balik rumah atuk dia kat Gombak, aku kat Nilai (Jauh tuuu…).
  • Tegur sekejap, lepas itu aku pergi ke Monorel (nak kejar masa-belum solat dan malam sangat dah ni).
  • Dari Monorel, aku sorang2 aja. Kawan perempuanku dalam bas tadi rumah dekat Sentul aja.
  • Monorel lak malam ni lambat sangat gerak. Tak tahu kenapa.
  • Sampai kat KL Sentral pukul2310. (Disebabkan lalu jalan jauh dari Monorel *KL Sentral tengah under construction)
  • Jalan cepat2 terus pergi dekat kaunter ERL.
  • tren ERL pukul 2330. =) Alhamdulillah lambat lagi. (Nak tanya sikitlah, ERL ni 24/7 ke??? Lupa nak tanya orang kaunter aritu)
  • Sampai rumah pukul 0005. Alhamdulillah.
  • Kira2 beberapa minit ada orang call handset Ibu.
  • Abang aku angkat, rupanya orang ERL call kata purse aku tertinggal dalam ERL.
  • Cuai tak cuai aku ni! Itulah, bantai tidur lagi dalam tren. Bangun2 mamai.
  • Mujurlah ada medic emergency card dalam purse tu. Senang sikit orang tu nak contact.
  • Orang itu suruh datang stesen tu pukul 0110 nanti.
  • Jadi, aku solat dulu tanpa mandi. Mujur juga petang tadi dah mandi sebelum balik.
  • Lalu, pukul 0110, jumpa akak ERL tu. Namanya Nora Wahidah.
  • Alhamdulillah, dapat balik purse tu. (Berkat Ramadhan)
  • Balik rumah semula, naik bilik baring sekejap atas katil.
  • Cadang hendak buat terawih sekejap lagi. Namun…
  • 0450, Ibu kejut bangun tidur. Ya Allah, aku tertidur dengan baju semalam! Ibu pula buat sahur sorang2. Kesian Ibu…
  • Aku dah missed 1 terawih. Teringat mesej Kak Ain kasik ingatkan pasal terawih. Ruginya tertinggal terawih…
  • 1 Ramadhan aku agak tak teratur kan? Teruk betul.
  • Harap2 hari Ramadhan seterusnya memberi makna buatku….

Maafkan diri ini jika ada salah dan silap. Halalkan segala benda yang telah diberi dan diambil. Bersamalah kita berusaha menjadikan Ramadhan ini lebih baik dan bermakna dari yang sebelumnya.

-Salam Ramadhan 1430 H-



Ogos 22, 2009 at 12:56

Kiriman Terdahulu


Baru~

  • 669

Arkib


Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.