Permulaan Ramadhanku…

Ogos 22, 2009 at 12:56

1 Ramadhan 1430

  • Tika azan maghrib menandakan 1 Ramadhan tiba, aku ada dalam bas untuk pulang ke rumah.
  • Bas memang jenis yang terus jalan, tak ada rehat2.
  • Makanya, maghribku akan dijama’ takhir.
  • Tiba di Pekeliling kira2 pukul 2225.
  • Bas lambat sebab hujan masa di kawasan dekat2 genting.
  • Turun dari bas nak pergi stesen Monorel, aku terserempak dengan kawan lama.
  • Agak kurang dapat cam dia, sebab dia makin kurus (Kami sama2 terkejut terserempak kat situ).
  • Dia pun macam aku, baru balik dari U, tapi dia nak balik rumah atuk dia kat Gombak, aku kat Nilai (Jauh tuuu…).
  • Tegur sekejap, lepas itu aku pergi ke Monorel (nak kejar masa-belum solat dan malam sangat dah ni).
  • Dari Monorel, aku sorang2 aja. Kawan perempuanku dalam bas tadi rumah dekat Sentul aja.
  • Monorel lak malam ni lambat sangat gerak. Tak tahu kenapa.
  • Sampai kat KL Sentral pukul2310. (Disebabkan lalu jalan jauh dari Monorel *KL Sentral tengah under construction)
  • Jalan cepat2 terus pergi dekat kaunter ERL.
  • tren ERL pukul 2330. =) Alhamdulillah lambat lagi. (Nak tanya sikitlah, ERL ni 24/7 ke??? Lupa nak tanya orang kaunter aritu)
  • Sampai rumah pukul 0005. Alhamdulillah.
  • Kira2 beberapa minit ada orang call handset Ibu.
  • Abang aku angkat, rupanya orang ERL call kata purse aku tertinggal dalam ERL.
  • Cuai tak cuai aku ni! Itulah, bantai tidur lagi dalam tren. Bangun2 mamai.
  • Mujurlah ada medic emergency card dalam purse tu. Senang sikit orang tu nak contact.
  • Orang itu suruh datang stesen tu pukul 0110 nanti.
  • Jadi, aku solat dulu tanpa mandi. Mujur juga petang tadi dah mandi sebelum balik.
  • Lalu, pukul 0110, jumpa akak ERL tu. Namanya Nora Wahidah.
  • Alhamdulillah, dapat balik purse tu. (Berkat Ramadhan)
  • Balik rumah semula, naik bilik baring sekejap atas katil.
  • Cadang hendak buat terawih sekejap lagi. Namun…
  • 0450, Ibu kejut bangun tidur. Ya Allah, aku tertidur dengan baju semalam! Ibu pula buat sahur sorang2. Kesian Ibu…
  • Aku dah missed 1 terawih. Teringat mesej Kak Ain kasik ingatkan pasal terawih. Ruginya tertinggal terawih…
  • 1 Ramadhan aku agak tak teratur kan? Teruk betul.
  • Harap2 hari Ramadhan seterusnya memberi makna buatku….

Maafkan diri ini jika ada salah dan silap. Halalkan segala benda yang telah diberi dan diambil. Bersamalah kita berusaha menjadikan Ramadhan ini lebih baik dan bermakna dari yang sebelumnya.

-Salam Ramadhan 1430 H-



Advertisements

Entry filed under: Lesson.

I love you… Nota dariku…


Baru~

  • 674

Arkib


%d bloggers like this: