Nota dariku…

September 6, 2009 at 11:29 3 comments

Apa khabar semua? Semoga keberkatan Ramadhan kali ini menjadikan diri kita lebih sihat dan cergas berbanding sebelum ini. Okeylah, dah habis mukadimah ringkas, aku nak kongsi satu cerita yang aku dapat ketika zaman muda-mudi waktu sekolah-sekolah dulu. Muda-mudi dulu tak bermaksud sekarang aku dah tua, tetapi mungkin sedikit berumur. Heheh…

***************************

Minggu ini merupakan study week bagi pelajar-pelajar tingkatan lima. F menunggu D di dalam kelasnya sejak satu jam yang lepas. Dia hairan kemanakah sahabat kesayangannya itu pergi sedangkan sebelum waktu rehat tadi, D ada di dalam kelas belajar bersama-sama. F risau melihat D yang dilihatnya semakin sibuk sejak akhir-akhir ini. Tambahan pula, SPM semakin dekat, dia khuatir kalau-kalau D tidak sempat menelaah pelajaran.

Sejurus kemudian, D masuk ke kelas dengan membawa fail di tangannya.

F : Kau pergi mana, D?

D : Aku pergi uruskan hal biro. (tersenyum tawar)

F : Oh… Banyak ke kerja kau?

D : Bolehlah tahan. Tapi dah tanggunjawab…

F : Betul, betul, betul. Tanggungjawablah yang susah hendak dipikul. Ia merupakan amanah yang diberikan pada kau dan nanti kau akan disoal kembali tentang tanggungjawab kau nanti.

D : Tanggunjawab akan disoal…..?

F : Ya, sayangku. Kalau kita dah pegang sesuatu jawatan atau diberi tugasan, kita perlu buat yang terbaik untuk tugasan itu supaya nanti tiadalah kita tergagap-gagap bila disoal dengan Allah nanti.

Inilah sebahagian perbualan yang berlaku antara D dan F. D dalam perbualan merupakan diriku sendiri dan F pula merupakan teman karibku iaitu, Farha Alia binti Yazid.

Bila sebut tanggungjawab, macam-macam perkara yang terlintas dalam fikiran kita. Semua orang ada tanggungjawab, namun tak semua yang sedar bahawa tanggungjawab itu adalah amanah yang diberikan Allah kepada kita di dunia ini. Secara tak langsung, ia akan disoal semula suatu ketika nanti. Apa yang kamu lakukan apabila tanggungjawab telah diberikan? Dimana kamu ketika perkara sekian-sekian berlaku sedangkan kamu merupakan orang yang bertanggungjawab dalam hal tersebut?

Setiap individu manusia masing-masing mempunyai tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai seorang ibu bapa, anak, saudara, pelajar, pekerja dan sudah tentunya sebagai hamba Allah. Sememangnya, kita memang tak dapat mengelakkan diri dari tanggungjawab. Salah seorang rakanku dahulu pernah berkata, hanya orang gila saja yang tiada tanggungjawab. Tapi, lepas ini janganlah pula nak jadi orang gila untuk mengelakkan sebarang tanggungjawab.

Kadang-kadang kita rasa keliru untuk mendahulukan tanggungjawab yang mana dahulu. Banyak sangat tanggungjawab yang kita ada, sampai satu ketika kita tak tahu hendak selesaikan tangungjawab-tanggungjawab tersebut. Apa yang perlu dilakukan? Kita harus meneliti semula apa tanggungjawab yang kita ada dan seterusnya penuhilah tanggungjawab dengan penuh rasa taqwa dan istiqamah.

Dan sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga dekat dan tetangga jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya yang kamu miliki. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri.”

(Surah An-Nisa’:36)

*Peringatan ini jua buat diri aku sendiri. Sememangnya, seringkali kita akan diuji dengan apa yang kita sampaikan.

Advertisements

Entry filed under: Lesson, skema sudeyh.

Permulaan Ramadhanku… Tak Ada Tajuk

3 Komen Add your own

  • 1. Naba  |  September 7, 2009 at 12:46

    good girl!

  • 2. WaniWann.J  |  September 7, 2009 at 12:05

    yup..
    skang adk da fhm da….

  • 3. Naba  |  September 7, 2009 at 01:57

    salam dik. hm sbnrnya setiap org ada amanah.
    wpun dia xpegang apape jwtn & pangkat.
    sbb amanah, ALLAH berikan pada setiap orang di dunia ini..
    cth amanah kpd diri sendiri,kuarga,agama
    lebih2 lg amanah ALLAH sbg Khalifah di muka bumi ini.
    so setiap org akan dipersoalkan ttg tggjwb mereka itu.
    adakah mereka melaksanakan amanah ALLAH yg plg besar itu?
    amanah sbg pemegang jwtn n pangkat hny sbg pndorong utk kita melaksanakan amanah ALLAH itu.
    krna apabila kita berkuasa di dunia (pemegang jwtn & pangkat), kita punya kuasa utk melaksanakan sebaik mgkn amanah ALLAH.
    dats y im in mpp….u got the answer rite??

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Subscribe to the comments via RSS Feed


Baru~

  • 674

Arkib


%d bloggers like this: