Kemaafan~~

September 26, 2009 at 23:46

Suatu hari ketika Rasulullah dan sahabat-sahabat lain sedang berzikir di dalam masjid, tiba-tiba Rasulullah bersuara : “Sebentar lagi, ahli syurga akan masuk…” Tidak lama kemudian, ada seorang yang tidak dikenali masuk ke dalam masjid. Esoknya, Rasulullah dan sahabat-sahabat sedang berzikir di dalam masjid, seperti semalamnya, Rasulullah bersuara lagi sekali: “Sebentar lagi, ahli syurga akan masuk…” Sahabat-sahabat memandang ke belakang dan ternyata lelaki yang sama seperti semalam memasuki masjid.Ibn Umar pun kehairanan, dia tertanya-tanya, apa yang lelaki ini buat sampai 2 kali Rasulullah mengatakan dia adalah ahli syurga. Ibn Umar pun buat keputusan untuk selidik apa yang lelaki ini amalkan dengan menumpang di rumahnya. 3 hari Ibn Umar tumpang tidur di rumah lelaki tersebut namun dia tidak nampak apa-apa yang istimewa berkaitan amalannya. Ibn Umar pun tanyalah pada lelaki tersebut, “Wahai si Fulan, apakah amalan yang telah engkau lakukan sehingga Rasulullah menyebut engkau ahli syurga sebanyak 2 kali? Kongsilah dengan aku suapaya aku pun dapat mengamalkannya.”

Lalu, lelaki tersebut pun kata, “Setiap kali sebelum tidur,aku memaafkan semua kesalahan orang padaku samada aku mengetahui atau tidak, itulah yang aku lakukan setiap malam.”

************************

Ingat lagi cerita ni masa kecik-kecik ustazah cerita. Besarnya ganjaran orang yang memaafkan orang lain kan? Kadang-kadang penulis sendiri pun nak jadi seorang yang pemaaf tapi tu lah masalah yang kadang-kadang melanda diri ini. =) Kenapa agaknya kita susah nak maafkan orang lain walaupun sesuatu perkara tu bukanlah besar sangat dan kadang-kadang perkara itu dah lama berlalu. Justeru, penulis sendiri pun secara tak langsung bila menyentuh tentang kemaafan ni ingin mengingatkan diri sendiri juga supaya sentiasa memaafkan orang lain walaupun kadang-kadang kita dapati memaafkan itu sukar sekali.

**Erm… ni ada lagi satu nak kongsi… Macam mana kita nak lepaskan diri kita dari dibelenggu kesalahan-kesalahan yang lama? Jawapannya, maafkanlah diri sendiri dahulu. Huhu…

Advertisements

Entry filed under: kerepekan.

Raya Lagi??! Salam Imtihan SPM2009!


Baru~

  • 674

Arkib


%d bloggers like this: