Posts filed under ‘Tulisan tulen’

click below:

blog ini telah bertukar ke:

http://toomuchj.blogspot.com/

-maaf atas kesulitan-

Advertisements

November 23, 2009 at 20:30

Sampai Akhir Hayat – Siri 3

Usai mengikuti  kelas bersama Prof. Dr.  Alfred Hamerle, Adli segera melangkah ke kafeteria untuk mengisi perutnya yang kosong sejak pagi tadi lagi. Pagi ini, dia tidak mengambil sarapan kerana perutnya tidak berasa lapar. Dia memesan air mineral dan dua kebab pada pelayan kafeteria itu. Adli memang gemar  minum air kosong sahaja ketika menjamu selera untuk waktu tengah hari. Itu sudah memadai untuk menghilangkan dahaganya. Sudah setahun Adli berada di bumi Jerman ini. Dia mulai memahami tentang budaya masyarakat di sini. Setakat ini, dia senang berada di sini. Pada mulanya, dia fikirkan pasti sukar bagi seorang muslim mahu bermaustautin di negara Hitler ini. Namun sebaliknya, kemudahan untuk mendapatkan makanan halal mudah untuk didapati di sini. Dia juga tidak perlu menahan rindu mengidam nasi kerana orang Jerman sering juga memakan nasi. Jadi, tidak sukar untuknya mendapatkan nasi di sini. Cuma perbezaan adab memakan nasi sedikit berbeza dengan rakyat Malaysia. Jika orang Melayu makan menggunakan tangan tetapi di sini mereka menggunakan kutleri. Garpu dan pisau digunakan ketika makan nasi. Pada mulanya Adli juga berasa sedikit janggal apabila melihat mereka menggunakan garpu dan pisau. Tetapi, dia pantas berfikir bahawa mereka adalah Deutsche, bukannya Melayu! (selanjutnya…)

Jun 24, 2009 at 22:50

Sampai Akhir Hayat – Siri 1

Tak ramai pelajar  dalam perpustakaan pada pagi ini. Dari jauh, kelihatan seorang perempuan dalam lingkuangan akhir belasan tahun sedang mencari-cari buku di sudut kejuruteraan. ‘Pasti mahasiswi fakulti kejuruteraan pelajar ini’, fikirnya. Dia asyik memerhatikan mahasiswi. Bagai ada magnet yang terus menarik pandangannya untuk terus menetapkan mata pada mahasiswi itu. Manis sekali gadis itu berskirt panjang dipadankan dengan cardigan berwarna kuning. Tidak berapa lama kemudian, kelihatan mahasiswi itu memegang sebuah buku berwarna biru putih. Leka mahasiswi itu membelek sehelai demi sehelai kandungan buku itu. Setelah berpuas hati membelek buku itu, mahasiswi itu berjalan menuju ke arahnya. (selanjutnya…)

Jun 12, 2009 at 01:34 Tinggalkan komen


Baru~

  • 675

Arkib