I love you…

Seperti yang pernah aku tulis dalam post Oh kawanku, Le’i, yang aku akan ceritakan tentang kawan aku yang lagi seorang. Siapalah agaknya yang bertuah jadi kawan aku ni ekh? Cecey… Bertuah ke? Malang kot. Huhu… Oklah, kawan yang aku maksudkan di sini adalah seorang yang bertatatertib. Ya, dia memang seorang yang sangat bertatatertib. Sekurang-kurangnya itulah yang didakwa oleh Le’a tentang dia. Memang tak dinafikanlah pasal tu. Sebab apa? Sebabnya dia ni seorang yang kemas, pembersih, beradab dan patuh pada peraturan. Dua tahun aku kenal dia, tinggal dalam dorm yang sama dan masuk unit beruniform yang sama. Apa uniform yang kami masuk itu? Harapnya, janganlah gelakkan kami. Kami masuk Ranger Puteri. Tak kisahlah orang nak cakap apa, aku tetap berbangga sekurang-kurangnya aku dapat menyumbang dalam Ranger Puteri bila aku dapat kawad wakil sekolah. Huhu. (selanjutnya…)

Julai 30, 2009 at 23:56

Sampai Akhir Hayat – Siri 3

Usai mengikuti  kelas bersama Prof. Dr.  Alfred Hamerle, Adli segera melangkah ke kafeteria untuk mengisi perutnya yang kosong sejak pagi tadi lagi. Pagi ini, dia tidak mengambil sarapan kerana perutnya tidak berasa lapar. Dia memesan air mineral dan dua kebab pada pelayan kafeteria itu. Adli memang gemar  minum air kosong sahaja ketika menjamu selera untuk waktu tengah hari. Itu sudah memadai untuk menghilangkan dahaganya. Sudah setahun Adli berada di bumi Jerman ini. Dia mulai memahami tentang budaya masyarakat di sini. Setakat ini, dia senang berada di sini. Pada mulanya, dia fikirkan pasti sukar bagi seorang muslim mahu bermaustautin di negara Hitler ini. Namun sebaliknya, kemudahan untuk mendapatkan makanan halal mudah untuk didapati di sini. Dia juga tidak perlu menahan rindu mengidam nasi kerana orang Jerman sering juga memakan nasi. Jadi, tidak sukar untuknya mendapatkan nasi di sini. Cuma perbezaan adab memakan nasi sedikit berbeza dengan rakyat Malaysia. Jika orang Melayu makan menggunakan tangan tetapi di sini mereka menggunakan kutleri. Garpu dan pisau digunakan ketika makan nasi. Pada mulanya Adli juga berasa sedikit janggal apabila melihat mereka menggunakan garpu dan pisau. Tetapi, dia pantas berfikir bahawa mereka adalah Deutsche, bukannya Melayu! (selanjutnya…)

Jun 24, 2009 at 22:50

Comelnya Dia~ Bah. 1

Sejak aku kecil lagi, rumah aku memang tak putus-putus ada binatang. Tak kisahlah binatang apa pun, kucing, hamster, burung puyuh, macam-macam ada~~ heheh.. Jadi, aku nak perkenalkan binatang-binatang yang paling latest ada kat rumah aku.

19042009631ABOY

Umur : 1 tahun

Pendidikan : Tak berpendidikan

Kegemaran : Keluar cari awek, tidur (<–macam tuan dia)

Catatan : Aboy sejak beberapa bulan ini, dia makin manja. Dia suka tidur dalam bilik aku dan nak tidur kat tempat yang best. Contoh : Kat atas katil, kat tempat beralas, kat atas comforter dan yang sewaktu dengannya. Dia ni kalau orang panggil, dia menyahut. Aboy selalu jadi mangsa dibelasah oleh ayahnya sendiri, Junior. Aku pun tak dapat kenal pasti apa masalah dia 2 ekor ni. Sampaikan, dulu Aboy gemuk sekarang dah jadi kurus sejak bentan dari demam 2 minggu dulu lepas bergaduh dengan ayahnya. BTW, dialah kesayanganku.


14062009765ARE-BEAR

Umur : 1 tahun (Abg kpd Aboy)

Pendidikan : Berkeinginan untuk sekolah

Kegemaran : Suka pada tali kecil, kertas, kotak, plastik dan air-cond

Catatan :  Bulu aja lawa, muka tak comel sangat pun. Tapi bab berkeinganan nak sekolah, aku rasa memang dia nak sekolah sebab dia kalau jumpa kertas ke, orang tengah baca surat khabar dia mesti datang sibuk. Dia berekor kontot, ekornya kelihatan  macam di-layer-kan. Hahah. Kalau tak percaya, datang rumah aku tengok dia. Dia kesayangan mak aku. Sekarang, dia sedang menjalani rawatan sebab bergaduh dengan kucing lain.


28042009656KING OF JUNIOR

Umur : 4 tahun

Pendidikan : Akademi Gusti Kucing-kucing Malaysia

Kegemaran : Belasah Aboy, Membebel

Catatan : ‘Saya adalah bapa kepada Aboy, Are-Bear, Putih dan Adik. Putih dan Adik sekarang berada dalam jagaan akak kepada penulis blog ini.’ Itulah sedikit tentang latar belakang Junior. Aku tak tahu kenapa dia suka belasah Aboy. Dia kalau jumpa Aboy tu, macam Aboy ibarat makanan yang dia nak sangat makan. Haih… Junior ni dari kecil lagi, memang banyak mulut. Bising sangat. Dia juga manja sangat. Dan juga ngada-ngada. Oh, si tua Junior! Anda tetap comel di mata kami.

****************************

Itulah tentang binatang yang ada kat rumah aku sekarang. Siapa-siapa yang tak ada binatang peliharaan, aku sarankan belalah seekor sebab adanya binatang ini, kita dapat release tension bila tengok mereka.



30052009722

17062009778
25042009653


Jun 23, 2009 at 15:48

Sampai Akhir Hayat – Siri 2

Emel-emel tersebut dibaca berulang kali sejak dua tahun yang lepas lagi. Persis mendapat sesuatu yang sangat bernilai apabila emel itu dikirimkan kepadanya. Jika dilihat sekilas pandang, tiada apa-apa yang istimewa. Namun, rakannya itu tidak pernah jemu untuk membaca berulang kali emel tersebut. Apa yang menarik tentang emel itu? Haikal cuba bersangka baik. Dia pernah juga menjengah dari belakang rakannya itu mengerling sebentar akan isi kandungan emel tersebut. Rupa-rupanya rakannya itu membaca tentang peringatan perkara-perkara dalam Islam. Tajuk emel tersebut adalah ‘Hukum-hakam dalam Islam yang Dianggap Remeh’. Setakat ini, dia hanya mampu membuat kesimpulan bahawa rakannya itu ingin memperingati diri sendiri. Pernah juga dia bertanya keistimewaan emel tersebut apabila dia menyedari rakannya itu pasti akan membaca emel tersebut ketika waktu lapang. Namun, rakannya itu hanya tersenyum sahaja. (selanjutnya…)

Jun 15, 2009 at 02:43

Sampai Akhir Hayat – Siri 1

Tak ramai pelajar  dalam perpustakaan pada pagi ini. Dari jauh, kelihatan seorang perempuan dalam lingkuangan akhir belasan tahun sedang mencari-cari buku di sudut kejuruteraan. ‘Pasti mahasiswi fakulti kejuruteraan pelajar ini’, fikirnya. Dia asyik memerhatikan mahasiswi. Bagai ada magnet yang terus menarik pandangannya untuk terus menetapkan mata pada mahasiswi itu. Manis sekali gadis itu berskirt panjang dipadankan dengan cardigan berwarna kuning. Tidak berapa lama kemudian, kelihatan mahasiswi itu memegang sebuah buku berwarna biru putih. Leka mahasiswi itu membelek sehelai demi sehelai kandungan buku itu. Setelah berpuas hati membelek buku itu, mahasiswi itu berjalan menuju ke arahnya. (selanjutnya…)

Jun 12, 2009 at 01:34 Tinggalkan komen

inspire-005

World cannot change you. But you can change the world.

 


Betul ke kita boleh merubah dunia? Aku tertanya-tanya jugak bila tengok phrase ni. Kalaulah aku boleh ubah dunia, boleh tak perang stop? Haih…

Jun 3, 2009 at 01:10 Tinggalkan komen

Oh kawanku, Le’i..

Kelmarin, iaitu Rabu bersamaan 13Mei2009, saya telah keluar dengan Le’i (bkn name sebenar). Beliau telah mengkritik tentang blog saya yang tidak diperbaharui. Lalu, saya buat keputusan hendak perbaharui blog ini dengan menceritakan tentang Le’i yang saya kenali di SAMURAI. (selanjutnya…)

Mei 15, 2009 at 13:45 5 comments

Kiriman Terdahulu Newer Posts


Baru~

  • 674

Arkib